Khamis, 17 Mac 2011

Pasukan Kompang Kolej Za'ba

Teringat daku semasa semester 2, 3 dan 4 ku bermain kompang bermula dengan semester 1. Tetapi malang pada ktika semsestr 1, saya tidak mampu melibatkan diri kerana mengalami kecederaan parah di kaki iaitu kaki saya retak akibat jatuh dri tangga yang tinggi. Namun, saya tetap meneruskan penglibatan untuk bermain kompang bagi mewakili kolej. Saya pernah bermain kompang semasa di asrama dan saya tidak kekok untuk berlatih bersama-sama dengan rakan-rakan ketika sesi latihan. Pada semester 1 pada tahun 2007, Cikgu Adib Ajmain yang merupakan senior sekolahku dan juga merangkap Exco Kesenian n Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar lah yang membimbing kami untuk bermain kompang dengan baik. Saya tidak terkejut sekiranya terjumpa beliau di kolej Za'ba dan Kolej Aminudin Baki. Walaupun kami banyak kali berusaha berlatih dan masuk bertanding, alhamdulillah, kami merangkul lah juga hadiah walaupun kalah... Kerana tiada pelapis dari pihak senior, dan JMK pada ketika itu hanya mengharapkan kami berlatih untuk peringkat permulaan. Semasa saya tidak terlibat dengan aktiviti kolej, saya melihat bahawa kompang semakin diminati oleh pelajar dari Kelantan berbanding pelajar dari negeri-negeri lain.

Berikut adalah gambar saya bersama rakan-rakan saya yang lelaki ketika selepas sesi mengalunkan pukulan kompang. Lagu yang kami men yang biasa2 je... Lagu selawat, jet2 semut, dsbg.


Dari Kanan: Amin, Annuar, Ghafar, Adam , Fazli dan Fauzi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen

Jumlah Paparan Halaman