Khamis, 17 Mac 2011

Pasukan Kompang Kolej Za'ba

Teringat daku semasa semester 2, 3 dan 4 ku bermain kompang bermula dengan semester 1. Tetapi malang pada ktika semsestr 1, saya tidak mampu melibatkan diri kerana mengalami kecederaan parah di kaki iaitu kaki saya retak akibat jatuh dri tangga yang tinggi. Namun, saya tetap meneruskan penglibatan untuk bermain kompang bagi mewakili kolej. Saya pernah bermain kompang semasa di asrama dan saya tidak kekok untuk berlatih bersama-sama dengan rakan-rakan ketika sesi latihan. Pada semester 1 pada tahun 2007, Cikgu Adib Ajmain yang merupakan senior sekolahku dan juga merangkap Exco Kesenian n Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar lah yang membimbing kami untuk bermain kompang dengan baik. Saya tidak terkejut sekiranya terjumpa beliau di kolej Za'ba dan Kolej Aminudin Baki. Walaupun kami banyak kali berusaha berlatih dan masuk bertanding, alhamdulillah, kami merangkul lah juga hadiah walaupun kalah... Kerana tiada pelapis dari pihak senior, dan JMK pada ketika itu hanya mengharapkan kami berlatih untuk peringkat permulaan. Semasa saya tidak terlibat dengan aktiviti kolej, saya melihat bahawa kompang semakin diminati oleh pelajar dari Kelantan berbanding pelajar dari negeri-negeri lain.

Berikut adalah gambar saya bersama rakan-rakan saya yang lelaki ketika selepas sesi mengalunkan pukulan kompang. Lagu yang kami men yang biasa2 je... Lagu selawat, jet2 semut, dsbg.


Dari Kanan: Amin, Annuar, Ghafar, Adam , Fazli dan Fauzi.

Nama-nama Allah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Mari kita ingat semula nama-nama Allah. InsyaAllah, kita sentiasa berusaha mengikuti ajaranNya jika kita seorang yang bertanggungjawab terhadap agama dan Tuhan.


Hati kita mesti akan rasa terhibur kan mendengar zikir nama-nama Allah ni. Sesiapa yang tidak menyukai zikir ini bagi umat Islam, diminta bertaubat lah kamu sebelum kamu menyesal kemudian hari di akhirat.

Bersama rakan2 Mantan JMKZ UPSI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya masih teringat dengan rakan sejawat bersama Mantan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za'ba. Tak ingt lak sesi berapa. Hm... Berikut gambar2 yang saya blh share kepada sebgai bahai tontonan untuk dibaca.


Waktu ini saya bersama rakan sejawat menghadiri Program Pemantapan Organisasi Za'ba yang diadakan di Port Diction. Kursus yang diadakan ini bertujuan untuk melihat kekuatan dan kelemahan sesuatu exco merancang program kolej bagi membantu melicinkan pentadbiran kolej terhadap aktiviti kepada penginap Kolej Za'ba.


Waktu ini, program sudah habis dijalankan dan kami diminta bersiap-siap kemas untuk pulang ke Tanjung Malim, Perak..


Malam sebelum pulang, saya bersama Cikgu Atie, Acap, Cikgu Ong Yan Suan, Cikgu Fahmi dan Cikgu Hanan berjalan-jalan di pesisiran pantai. Huhuhuhu


Ketika in saya bersama rakan-rakan Mantan JMKZ pergi ke kawasan Teluk Batik untuk berjalan-jalan di sana. Pada masa itu, JMKZ telah mengadakan satu program Khidmat Siswa di Perak. Huhuhuhuhu......


Akhir skali, ini lah kenangan saya ketika saya bersama-sama dengan rakan untuk meraikan Majlis perpisahan bersama Mantan JMKZ dan perlantikan ahli jawatankuasa JMKZ yang baru. Huhuhuhuhu



Zikir Surah-surah Al-Quran

Kamu masih ingat berapa banyak Surah Al-Quran yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran. Siapa-siapa yang tidak ingat, mari kila ikuti zikir di video ini ya untuk penghayatan dan kesedaran diri kita supaya KITA RAJIN MENGAJI. huhuhuhuhu

Zikir 20 Sifat-sifat Allah

Mari kite ingat semula sifat-sifat Allah. Ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan perilaku kita 24 jam..... Siapa-siapa yg mash xigat lagi sifat2 Allah, baik kamu nyanyi sekali video yang aku lampirkn di sini.
Tidak rugi kamu mendengar lagu di video ini.

Rabu, 16 Mac 2011

Jamuan Hari Raya Persatuan Pendidikan Moral (AT 41) UPSI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Gambar-gambar ini mengingatkan saya ketika saya di semester 7. Pada ketika itu, Persatuan Pendidikan Moral telah mengadakan Jamuan Hari Raya. Jadi, saya bersama rakan-rakan terdekat turut memeriahkan majlis ini sebagai tanda mengukuhkan jalinan persaudaraan, persaudaraan, dan sebagainya supaya hubungan yang terbina sedia ada dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat. Berikut adalah sebahagiaan gambar yang telah saya masukkan untuk tontonan anda semua. Gmabr di bawah adalah rakan-rakan kelas saya, kursus Pendidikan Moral UPSI. Tetapi agak malang ramai yang tidak hadir pada ketika itu.


Maafla kepada adik junior, saya tiada gamabr kalian untuk dimuatkan dalam forum ini. Tapi melihat sahaja gambar ini mungkin anda boleh mengimbas kembali kesengalan, kelucuan abang dan kakak senior kamu sepanjang belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. huhuhuhu.


Alamak, saya tengah pandang lain la ketika ini. huhuhhuhuhu. Tapi ini adalah sebelum majlis dimulakan. Maaf juga kepada pensyarah Pendidikan Moral kerana tidak memasukkan gambar kalian ke dalam forum ini. Tiada gambar Prof dan pensyarah yang lain. maaf ye Prof. Chang, Prof. Ratu, dan lain-lain.



Sekadar ingatan kembali kenangan manis bersama-sama rakan. Bila kita akan bertemu semula yer kawan-kawan dalam keadaan yang meriah seperti ini???


Jika dilihat gambar di atas, ternyata kami semua comel, kacak dan bergaya. Bagi Bihah, Maureen, Mega dan Priya kamu semua sangat nice dan cantik pada majlis tersebut.

Maafla gambar ini sahaja yang saya lampirkan terlebih dahulu. Nanti ada masa saya tambah lagi gambar dan cerita. Gambar ketika kita tengah makan tiada, posing semasa program tersebut sudah abis tiada, huhu. Apa-apa pon tima kasih krn kamu semua sangat sporting pada ketika itu. Jangan marah ye kepada mereka yang tiada dalam gambar ini. 

Gelagat pelajar di hostel




Begini lah suasana student yang sambung belajar. Yang sorang itu (Cik Li), rindu mak ayah, krn xtahan kena buli. ask men tenet je kt laptop je. Sorang lagi 2 (Nj) nk fikir bergayut jer, wat keje umh ckt sgt.... yang dua org lagi (Ikhwan n Waffi) asik nak men game.... Kpl game  jer mereka 2.

P/S: Kpd adik2 yg baru melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT, janganlah meniru gaya2 budak hostel seperti dalam video ini. huhuhuh...

Ubahlah Paradigma Kita. Ayuh!! mari kita kembali kepada ajaranNya.


Assalamualaikum...
Mari kita sama-sama renungkan kembali perjuangan tokoh-tokoh Islam menegakkan agama yg syumul dan benar demi mendapat keredhaan Allah. Apa yg penting ialah kita sendiri berjuang dan berkorban untuk melaksanakan perubahan dan berhijrah (taubat) dengan mengamalkan projek sahsiah diri seperti betulkan yang biasa, biasakan yang betul, tentukan niat dan betulkan matlamat, alhamdulillah kita mampu berubah menjdi insan yang baik dan disegani.

Melancong Ke Singapura..

Assalamualaikum....

Impian untuk melancong ke luar negara sudah pun tercapai walau melancong ke negara jiran iaitu di Singapura. Ucapan terima kasih kepada Hazlie Firdaus (Cik Li) dan pengarah program Sakinah group Akaun kerana membenarkan kami join sekali program ini... Untuk permulaan kami diminta berkumpul di Kolej Ungku Omar sebelum bertolak. Kami wakil daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  telah pergi bersama-sama dengan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam) dan pelajar dari Universiti Malaya (UM) turut menjayakan pergi melancong ke Singapura.

Ni la adalah permulaan kami semasa memulakan perjalanan dari Tg. Malim ke UM untuk mengambil sebahagian ahli pelancong dari Malaysia.


Setelah kami berkumpul dan kami menaiki bas yang telah ditentukan mengikut kumpulan. Kami dipisahkan kepada 2 kumpulan bas. Bas kami menghala ke Kuala Lumpur untuk mengambil pelajar UM manakala bas satu lagi mengambil pelajar dari UiTM Shah Alam. Selepas itu, kami berjumpa semula di perhentian Gelang Patah. Setelah sampai di sana, kami diminta untuk membersihkan badan, solat subuh, dan sarapan serta mendengar taklimat selanjutnya oleh pihak agensi pelancongan. Ini adalah adengan saya bersama rakan ketika di Hentian Gelang Patah.


Setelah mendengar taklimat pada pagi itu kami pun memulakan perjalanan untuk memasuki ke pusat imegresen Malaysia dan Singapura. Dari situ saya dapat melihat bahawa kadar kawalan pintu masuk dan keluar dari negara kita Malaysia tidak seketat di negara Singapura. Kawalan kemasukan pelancong asing or rakyatnya sangat rapi, sebab itu tiada siapa yg berani menyeludup barang2 yang tidak boleh di bawa ke negara ini. Berikut adalah gambar kami pergi ke tempat patung anak singa. 


Kami teruskan lagi perjalanan. Seingat saya, kami pergi ke tempat mama lion. Mak Singa..... Dari situ, nampaklah bagunan Kapal Bahtera Nuh. Macam sial org singapur, bg nama  bgunan tersebut amik tokoh2 negara Islam walhal pemerintah dye xpercaya pd Tuhan. Di bwh gmbr ni lihatlah, mama lion dan pdgn bagunan yg ada kapal 2, itulah yg dikatakan kapal Bahtera Nabi Nuh. Bwh bangunan  tersebut tempat org2 kaya men casino n men judi. Kan busuk btl dyeorg ni mempersendakan agama Islam. Mana xnye nama bangunan 2 da nama tokoh Islam tp bwh bgunan 2 pusat org men Judi... Macm2... 



Ni salah satu tempat saya bergambar di Singapor....


dan macam2..... Maafla xigt nama tempt la kt Singapor ni, tp gmbr2 ni leh wat saya igt blk lah... pe yg kami wat di sana..



di Studio Universal dpt tgk 3D, men game, d mcm2...







Ada sebahagiian gambar ketika kami men game di Singapor, ni je yg dpt sy tyg gambar....



Ada juga kawasn masjd yg kami pergi dan kawasan bersejarh orang Melayu. Tapi nak kritik tentang Masjid di Singapura. Mengapalah orang bukan Islam boleh dengan sesuka hati memasuki rumah ibadat tanpa memakai jubah yang disediakan. Rasa sedih pada masa itu dengan pemerintah Singapura. Orang Islam di sana banyak mendiamkan diri sahaja. Tapi lagi sayu apabila tiba waktu azan yang seharusnya berkumandang, tak dengar lansung bunyi azan. Tau2 suara laungan azan itu yg lafazkan hanya didengari di dalam masjid masjid sahaja. Kecewa gak lah mengapa pemerintah Singapura tidak membenarkan suara laungan azan tidak boleh dikuatkan di luar masjid. Pada ketika itu, saya sedg menunggu azan zohor di kedai makan berdekatan masjid kot, xdengar2 bunyi azan. rupa2nyer suara azan hye didengari di dalam masjd sahaja. Teruk betul xde nilai toleransi, nilai hemah tinggi bg phk pentdbir Singapur... Macam2x....



Perjalanan seterusnya tak ingat sudah... Tapi akhir sekli kami pergi ke Sentosa Island. Di situ ada persembahn  yang dipersembahlam kpd penonton. Rasa teruja kerana kekereatifan mereka memproduksikan persembahan mereka ke antarabangsa. huhuhuhu.





Hebatlah kru produksi mereka, dengan gunakan pancutan air leh wat satu cerita.. huhuhu. Sampai sinilah yg mampu sy ceritakan, Kepada rakan2 yg sudh pergi maaflah kerana banyak benda yang saya tidak cerita dalam penulisan di blog ini. huhuhu. Sekian.


Selasa, 15 Mac 2011

Buat Ayam bakar (B.B.Q.)


Assalamualaikum... 
Mengingat kisah kenangan manis, saya memohon maaf kepada rakan2 terutama dalam gambar ini sepanjg kita bersama daripada semester 1 sehingga semester 7. harap2 kamu semua tidak mematikan memori ini ketika kita menjalankan satu aktiviti istimwa tatkala hujan menimpa kita.


Mula-mula cuba buat di sebelah rumah, hujanlak ketika itu, dan kami pindahkn peralatan utk bakar ayam, hotdog dll. Ketika ini kami cuba hidupkn bara api iaitu kerana pada ketika itu hujan turun dengan lebatnya, hahaha, tetapi alhamdulillah perjalanan program kami sehati sahabat mampu meneruskn dengan jayanya aktiviti B.B.Q. Hm.. Seronoklah sebab ni la first time ketika saya tinggal di rumah sewa di Taman Universiti wat aktiviti seperti ini.


Ni la dgg ayam yg kami cuba panggang. huhuhuhu. memg mengambil masa yang lama kerana terlalu banyak dugaan dan cabaran. HUhuhuhuhuhu...


Akhirnya, siap gak beberapa ketul daging ayam. gambar ni sebahagian je daging ayam yg saya lampirkan. Huhuhuhu. Wey.... Mai la kita wat lagi Cik Li, Ikhwan, Bee, Nuar Eng. huhhu Wafi xtersenarai time ni. Sombg sgt bdk itu.


Program Mandi Manda di Kalumpang




Bagi menggantikan Program ke Cerating yang tidak sempat dilaksanakan, saya bersama-sama rakan-rakan telah ke Kalompang mandi bersama-sama. Saya, Abdil Waffi, Cik li, dan Bee Yon Kui memulakan perjalanan misi kami untuk mengelakkan rasa bosan duduk di rumah sewa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bee Yoon Kui kerana telah mensponserkan kameranya untuk menangkap gambar kami. hahahaha. Memang pada ketika itu, rasa tergelak bersama waffi terhadap rakan kita sorang ni Bee. Huhuhu. Thanks Bee.
\
Ni la Bee Yon Kui..... Hahahahahaha. Seterusnya banyak adengan program ni terpaksa saya hadkan gambr2 di sini. cukup lah gamabr-gambar yang ada sebagai tontonan bacaan kamu semua,

Time ni Cik Li dengan nama sebenar ( Mohd Hazlie Firdaus) dengan gayanya tersendiri. Akhir sekali...


Saya dan Abdil Waffi merenung masa hadapan bagaimana nak menjadi guru cemerlang, terbilang dan gemilang pada 10 tahun akan datang. huhuhuhuhu


Rekaan Gambar Edit .



Ini adalah gambar yang saya edit sendiri dengan menggunakan software tertentu. Pada mulanya kelihatan sangat seronok mengedit lukisan grafik dengan menampalkan wajah sesapa sahaja untuk membentuk satu lukisan komputer. Huhuhu. Ucapan terima kasih kepada Waffi kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar untuk mengedit pic melalui software ini. Ada contoh gambar yang aku edit seperti di bawah.

Gambar ini memerlukan aku edit muka gamabar sendiri. Seterusnya:

Da seronok dengan kartun naruto, maka saya menghasilkn kembar Naruto melalu gambar yang saya edit. Akhir Sekali:


Sofware gambar edit ini saya peroleh dari Fitri. Thanks kepada beliau kerana banyak memberikan software yang berguna untuk elakkan saya berasa bosan pada ketika itu dengan mengedit seberapa banyak gambar yang boleh.

Rancangan Organisasi Sekolah di S.M.K. Dato' Bentara Luar



Pada semeseter ke-3 kalau tidak salah, saya bersama rakan-rakan sekolah yelah menjalankan ROS di S.M.K.D.B.L. salah satu sekolah yang melahirkan pelajarnya cemerlang, gemilang dan terbilang pada 10 tahun mendatang. Kerjasama pihak sekolah amat baik dan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cikgu pebimbing yang saya sudah aggap sebagai ibu saya kerana memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalani ROS. Walaupun ptidak ernah mengajar hanya untuk masa P&P, pengalaman ini tidak akan saya lupakan sampai bila2.  

Ini adalah sebahagian rakan-rakan saya (AT 41)


Ini adalah sebahagian daripada rakan saya di kelas Taman Bernam, Tg. Malim Perak. Dari Kanan Khairul Annuar , Hairul Anuar Eng dan Suan Nuai. dari belakang Bee Yoon Kui dan Ikhwan Hadi.

Hairul Anuar Eng orangnya bolehlah, kuat merajuk, suka menyimpan rahsia, mmang suka ada masalah dalam hidup dye dan berasal daripada Pahang. Suan Nuai pula berasal daripada Sarawak, dan orangnya sangat semangat untuk bermain badminton. Bee Yoon Kui pula berasal daripada Sungai Besar. Kami satu rumah ada trademark untuk beliau..Sikiitttttt... Hahahahaha. Tapi ok la budak ini walau ada masa banyak songeh. Ikhwan Hadi pula abg kesayangan Bee berasal daripada Sik Kedah. Orangnya ok sahaja walau ada ketegasan dlm hidupnya, huhuhu, yg sorang lagi namanya Khairul Annuar yg berasal daripada Johor. Satu rumah dengan Bee Yoon Kui, Hairul Anuar Eng, Ikhwan Hadi apabila tinggal di rumah sewa semasa semester 7 di Taman Universiti.

Isnin, 14 Mac 2011

KEEGOANMU

KEEGOANMU

Masih engkau ingat dentuman api lagakmu,
Melontar ujarmu dengan keegoanmu,
Lupakah engkau siapa dirimu,
Bagaikan lalang takut angin,
Dirimu subur dibawah hidupan rimba.

Dikala dulu,
Hatimu ditimpa hujan,
Beratapkan buluh tika ditimpa air,
Jari-jemarimu menadah,
Bergaya bak merobek jantung,
Tatkala engkau diambang kesusahan,
Engkau masih sekeras batu,
Agar tidak dipedulikan orang.

Dikala engkau diberi suapan keramat
Bermula percikan api semangat,
Mengasah ketumpulan otakmu,
Agar setajam duri dan pedang,
Bisa menghunus senjata
Lagaknya bak seorang pendekar.
Yang bisa mati tersungkur.

Dikala engkau terbang ke langit,
Mencari simbol kegagahanmu,
Tersergam indah menara gadingmu,
Terpancar taring keegoanmu di khalayak,
Anak watan mencipta nama,
Dipersada dunia.

Keegoanmu,
Tetap bermain dalam sanubari,
Dikala engkau senang,
Dikala engkau kesusahan,
Ingatlah,
Ia bisa dilihat dari kaca mata sekelilingmu.

Hasil nurkilan : Khairul Annuar Bin Mohamed
Masa : 9.09 a.m.
Tarikh : 24 Januari 2011

Sajak Batu Pahat

BATU PAHAT

Suatu ketika dirimu sangat harum,
Pulau Kundur dan Sungai Kundur
asal kejadianmu,
Menarik perhatian bangsawan
untuk bersamamu,
Bermula ladang kopi,
Memberi nafas untuk dirimu bernyawa,
Bukit Penggaram sejarah namamu bertuah.

Walaupon tidak termati tenaga penghulumu,
Berhempas pulas melebarkan empayarmu,
Dek Tercabar kemajuan Jiranmu Maharani,
Lihatlah dirimu gagah menjadi Bandar,
Dato’ Bentara Luar
pejuang kemakmuranmu.
Kehadirannya menjadikan dirimu dewasa,
Kebolehannya menjadikan pendudukmu berpadu

Kini,
Sejarahmu tidak dilupakan,
Keranamu,
wujudnya Dato’ Onn
Pejuang Melayu yang disanjungi
Keranamu,
Rakyatmu hidup aman,
Hingga kini,
Aku bangga menjadi rakyatmu,
Aku bangga dilahirkan di tempatmu
Aku bangga menyebut namamu,
Batu Pahat bumi bertuahku.


Hasil nurkilan : Khairul Annuar Bin Mohamed
Masa : 11.41 a.m.
Tarikh : 23 Januari 2011


Sajak Sinar Bulan

SINAR BULAN

Hati sering tertanya-tanya,
Di mana sinar untuk sang kerdil,
Merentasi gelora mainan duniawi,
Gelap malam dibutakan hati,
Dihanyut ombak mati kelemasan,
Sang kerdil ampuh dan melenyapkan diri.

Mata-mata memandang kebencian,
Sang kerdil memburu cahaya keadilan,
Meraba-raba dalam gelap kesepian,
Membuka  pintu ke alam syurga,
Mencari sinar bulan untuk penghijraan
Haluan yang hakiki dari kancah kegelapan.

Sinaran bulan menarangi kegelapan,
Tertitis air keinsafan insan kerdil
Melangkah ke kanan dengan kepercayaan 
Terpisah dari sarang kepuakaan
Membuka hati menerima ketaqwaan
Kepada Ilahi sang kerdil bersujud.

Hasil nurkilan : Nj (cikgu khairul)

Program Pembagunan Sahsiah

Pada 25 Febuari 2011, Panitia Persatuan Pendidikan Moral S.M.K. Jalan Bukit Kajang telah mengadakan Program Pembangunan Sahsiah yang diadakan di Dataran Ilmu S.M.K. Jalan Bukit. Pihak sekolah telah menjemput Cikgu Khairul Annuar Bin Mohamed dan rakan-rakannya untuk mengadakan ceramah kepada pelajar Pendidikan Moral S.M.K. Jalan Bukit Kajang. berikut adalah gambar-gambar yang dirakam ketika sesi ceramah dan senam erobik dijalankan.

Jumlah Paparan Halaman