Jumaat, 10 Ogos 2012

Pelajar peralihan,

Salam.
Untuk menjadikan sekolah cemerlang, banyak perkara perlu dititikberatkan. Sekolah harus memikirkan langkah awal mengcemerlangkan pelajar peralihan terlebih dahulu bagi yang ada kelas peralihan... Seperti sedia maklum bahawa pelajar peralihan sebenarnya tidak mampu menyumbang apa-apa sebenarnya jika menilai satandart kepandaian pelajar pada tahun berikutnya. Hal ini demikian kerana pelajar peralihan gagal untuk menguasai 3M dengan baik. Meskipun ramai yang mampu membaca tetapi tidak memahami maksud yang dibaca tidak membawa apa-apa makna walaupun tugas itu tanggungjawab guru yang mengajar kelas peralihan. Oleh itu, pihak sekolah harus memikirkan langkah sesuai memantapkan penguasaan pelajar peralihan dalam akademik. 

Bila menyebut kelas peralihan ramai guru-guru pening kepala apabila mengajar kelas ini. Bagi guru disiplin yang tegas dan digeruni pelajar, tiada masalah dari segi P&P. Kebiasaannya, pelajar yang banyak melakukan masalah disiplin adalah terdiri daripada pelajar peralihan. Kegagalan guru kawal pelajar menyebabkan pelajar mudah mengambil kesempatan dengan melakukan msalah disiplin pelajar di sekolah. Kebiasaannya, golongan pelajar ini suka bermain-main daripada belajar. Sifat keanak-anakan mereka masih tinggi dan tidak mampu berfikir seperti pelajar berusia 13 tahun seperti pelajar tingkatan 1. Oleh itu, ketegasan juga penting kepada pelajar agar dikerah untuk berjaya. Bagi saya kalau susah samgat buang sahaja pelajar ini, akan tetapi masalah tidak selesai kerana pelajar itu akan gagal juga dibentuk kalau pelajar seperti ini tidak diberi penegasan yang lampau. 

Bagi sekolah yang ingin meningkatkan kecemerlangan, tidak perlu ambil kelas peralihan pun bagus jugak dan digantikan dengan pelajat tingkatan 6. Baru lah cemerlang pelajar di sekolah itu. Sekian.

 


Tidak mencapai sasaran.

Pada bulan puasa ini, saya sudah sasarkan bahawa mahu diet secara profesional, tapi malang,saya gagal mengawal nafsu terutama nafsu tekak.. Huhuhu. Pada peringkat awl boleh la saya kwal selera semasa buka dengn target tidak makan nasi selama setahun, tp malang diri pantang tengok orang lain makan sedap, Jadi saya pon nak mkn yg sedap-sedap jgk, Gemuk juga la saya, Sediy... Bagaimanalah nak membuang lemak yang degil ini.

Khamis, 9 Ogos 2012

Hari Guru

Pada tahun 2012, kali ke-2 menyambut hari guru sepanjng hidup ku, Mana taknya, masa praktikal dl, aku xsempt nk sambut hari guru, n tahun ini baru menyambutnya. Tp sangat teruja jugak la kerana menyambut dgn penuh kebanggaan. Dapat kawan baru di tempt keje dengan tugas2 baru yang tak diduga memng diharap mematangkan diriku yang dalam kedaifan idea.. Untuk aktiviti hari guru memang bayk la aktiviti yang dianjurkn. tp tak ingat untuk diceritakan.

Ketika ini sebelum bergambar beramai-ramai, sy bergambar dengan Sir Nabil. Dia cikgu bahasa Inggeris dan sebaya dengan saya. Tapi dia ni kelakar la, macam-macam ragam bila bergaul dengan dia... 

Ketika ini hingga saat ini saya paling malu kerana sy adalah cikgu yang paling rendah, chuby atau bahasa kasar gendut, gemuk dan sebagainya dlm pic ni la... Faktor fizikal ini membawa masalah kepada kelas lak, Bagaimana nak berhadapan pelajar yang bermasalah dan suka membanding2kan faktor tubuh fizikal diriku dengan guru2 yang lain.. Namun, apa yang penting saya kena belajar lagi bagaimana nak tarik perhatian pelajar walaupun aku tahu aku adalah guru yang comel dalam kalagan guru lelaki. Jadi pada hari guru, mengajarku bersabar, tenangkan fikiran dan terima segala komen dan pelajari bagaimana mengatasi kelemahan yang tidak sepatutnya ada.


Jumlah Paparan Halaman