Isnin, 14 Mac 2011

Sajak Batu Pahat

BATU PAHAT

Suatu ketika dirimu sangat harum,
Pulau Kundur dan Sungai Kundur
asal kejadianmu,
Menarik perhatian bangsawan
untuk bersamamu,
Bermula ladang kopi,
Memberi nafas untuk dirimu bernyawa,
Bukit Penggaram sejarah namamu bertuah.

Walaupon tidak termati tenaga penghulumu,
Berhempas pulas melebarkan empayarmu,
Dek Tercabar kemajuan Jiranmu Maharani,
Lihatlah dirimu gagah menjadi Bandar,
Dato’ Bentara Luar
pejuang kemakmuranmu.
Kehadirannya menjadikan dirimu dewasa,
Kebolehannya menjadikan pendudukmu berpadu

Kini,
Sejarahmu tidak dilupakan,
Keranamu,
wujudnya Dato’ Onn
Pejuang Melayu yang disanjungi
Keranamu,
Rakyatmu hidup aman,
Hingga kini,
Aku bangga menjadi rakyatmu,
Aku bangga dilahirkan di tempatmu
Aku bangga menyebut namamu,
Batu Pahat bumi bertuahku.


Hasil nurkilan : Khairul Annuar Bin Mohamed
Masa : 11.41 a.m.
Tarikh : 23 Januari 2011


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen

Jumlah Paparan Halaman