Rabu, 11 Julai 2012

Didikan Ilmu

Ilmu adalah satu kewjipan umat manusia untut dituntut, "Tuntutlah ilmu itu sehingga ke liang lahad" Bila sebut bab didikan ilmu, ilmu mula diajar daripada ibu bapa. Ibu bapalah yang bertanggungjawab membentuk sahsiah peribadi sejak anak-anak sejak kecil. Namun, ibu bapa moden kurang mendedahkan ilmu agama, tatalusila, dan pembangunan anak mereka sendiri. Didikan ilmu yang diberikan kepada anak-anak sangat berbeza mengikut pelbagai kaum. Jikalau bangsa Cina, saya mendapati bahawa, mereka kurang memberikan perhatian yang penuh kepada anak-anak. Justeru, cara pergaulan, pertuturan dan didikan agama kurang dititikberatkan. Hal ini berbeza dengan masyarakat Melayu dan India. Oleh itu, segala bentuk ilmu, ianya perlu diberikan oleh ibu bapa. Ibu bapa yang baik ialah mereka yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anaknye, sahsiah anak-anaknye dan pelajaran anak-anaknya.
Anak-anak anugerah Allah yang wajib diacu dengan baik. Di sekolah, tugas mendidik dan membentuk manusia yang bersahsiah mulia terletak di bahu guru. Sedangkan guru itu juga manusia biasa yang wajib memikul amanah yang besar kepadanya. Didikan guru itu amat penting kerana selain membentuk pelajar menjadi insan, tugas wajib mereka bukanlah sekadar membentuk haluan dan mengejar cita-cita pelajar dengan menjadi pelajar cemerlang akademik sahaja, bahkan menjadi agen kepada masyarakat setempat. Namun didikan yang diberikan kepada pelajar haruslah diperkukuhkan dan diberi penegasan daripada ibu bapa agar anak mereka menjadi insan yang beradap dan berperketi mulia.

Isnin, 9 Julai 2012

Ko-Memanah


pengalaman ini tidak akan dilupakan bila mana aku menyertai Ko-memanah UPSI. Pada ketika itu aku dilantik sebagai ketua kelas Ko-memanah dan hasilnya aku dapat A. Walaupun aku dapat masuk final namun akhirnya aku mengalah kepada rakan sepasukan kerana aku ditugaskan untuk menjadi pengacara dan pengurus pertandingan pada hari terakhir kelas ko. hm....

Tempat Bertugas

Assalamualaikum,
Ini adalah lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2. Saya mula berkhidmat di sekolah ini sebagai Guru Interim selama tempoh hampir lima bulan sebelum menerima jawatan guru tetap di sekolah ini. Untuk menjayakan cita-cita murni ini mengambil masa yang lama dengan suasana persekitaran tempat kerja. Pelbagai ragam guru dan pelajar-pelajar yang mencabar yang kadang kala menguji kesabaran dan keimanan. Sebagai anak muda, saya memahami bahawa guru perlu inovatif daripada sedia ada. Oleh itu, saya akan berusaha memajukan sekolah ini dari pelbagai aspek mengikut kemampuan saya. Walau bagaimanapun, saya juga mempunyai misi dan visi serta matlamat saya di sekolah ini untuk dicapai sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai guru. Kepada pelajar-pelajar,saya akan edarkan nota-nota berguna untuk anda tidak lama lagi. Diharapkan blog ini menjadi medan dan pergaulan antara saya bersama guru dengan anda semua. Lihatlah panorama SMK Taman Daya 2 Johor Bahru ini. Sungguh indah sekolah ini.

Gambar 1
 Gambar 2

Gambar 3

Di gambar 3, diriku menyebut seolah-olah ingin menyeru seruan Ilahi, huhu. tetapi seronok juga jikalau sekolah membuat kursus ibadah haji semula untuk semua guru0guru dan pelajar tahun 2012.





Jumlah Paparan Halaman