Ilmu adalah satu kewjipan umat manusia untut dituntut, "Tuntutlah ilmu itu sehingga ke liang lahad" Bila sebut bab didikan ilmu, ilmu mula diajar daripada ibu bapa. Ibu bapalah yang bertanggungjawab membentuk sahsiah peribadi sejak anak-anak sejak kecil. Namun, ibu bapa moden kurang mendedahkan ilmu agama, tatalusila, dan pembangunan anak mereka sendiri. Didikan ilmu yang diberikan kepada anak-anak sangat berbeza mengikut pelbagai kaum. Jikalau bangsa Cina, saya mendapati bahawa, mereka kurang memberikan perhatian yang penuh kepada anak-anak. Justeru, cara pergaulan, pertuturan dan didikan agama kurang dititikberatkan. Hal ini berbeza dengan masyarakat Melayu dan India. Oleh itu, segala bentuk ilmu, ianya perlu diberikan oleh ibu bapa. Ibu bapa yang baik ialah mereka yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anaknye, sahsiah anak-anaknye dan pelajaran anak-anaknya.
Anak-anak anugerah Allah yang wajib diacu dengan baik. Di sekolah, tugas mendidik dan membentuk manusia yang bersahsiah mulia terletak di bahu guru. Sedangkan guru itu juga manusia biasa yang wajib memikul amanah yang besar kepadanya. Didikan guru itu amat penting kerana selain membentuk pelajar menjadi insan, tugas wajib mereka bukanlah sekadar membentuk haluan dan mengejar cita-cita pelajar dengan menjadi pelajar cemerlang akademik sahaja, bahkan menjadi agen kepada masyarakat setempat. Namun didikan yang diberikan kepada pelajar haruslah diperkukuhkan dan diberi penegasan daripada ibu bapa agar anak mereka menjadi insan yang beradap dan berperketi mulia.
Pengalaman adalah guru yang terbaik itu betul tetapi pengajaran dan ikhtibar la ilmunya kepada sebuah kejayaan.
BalasPadam