Rabu, 23 Mac 2011

Program Lambaian Pangkor-Hubungan Etnik

Seingat saya ketika semester 2, saya mengambil subjek Hubungan Etnik di UPSI. Pada masa itu kumpulan saya telah mengadakan satu projek bakti siswa yang bertajuk Lambaian Pangkor yang diadakan di Pulau Pangkor.Pensyarah yang menyelia kumpulan kami ialah Dr. Suhaimi. Kami terpaksa bergabung dengan pelajar kelas lain yang terdiri daripada pelaar TESL dan Pelajar Akaun. Penggabungan ini dibuat kerana lokasi dan -stempat yang dituju adalah sama. Berikut adalah kenangan saya bersama-sama rakan sewaktu sebelum, semasa dan selepas program dijalankan.


Gambar ini ketika kami sedang berkumpul di pondok bas Kolej Aminuddin Baki sementara menunggu bas sampai untuk ke Pintu Timur UPSI.


Setelah tiba di Pintu Timur, saya bergambar dengan rakan sekelas sebeljm bertolak untuk menunggu bas UPSI sampai bagi memudahkan kami mengangkut barang2 keperluan untuk dibawa ke Pulau Pangkor.


Setelah bas UPSI sampai, barang pon sudah angkut, maka saya naiki la bas ini untuk ke Lumut. Dari Lumut, kami naiki feri ke Pulau Pangkor. Huhuhuhu, Cari pengalaman dan melancong sekali di tempat orang. Huhuhu...


Agak2 kamu semua, saya n kawan2 yang lain berada di mana??? Untuk pengetahuan anda, kami pada ketika ini berada di dalam feri. Memang bezz, nek feri ini. Feri yang jenis ini, laju ckit. Klau duduk kat dalam rasa macam nak termuntah pon ada bagi yang tidak biasa. Tapi saya ok dan cool. Seronok....


Sewaktu program bermula, kami disambut baik oleh pihak sekolah dan juga penduduk kampung. Kami menjalankan beberapa khidmat siswa berkaitan program motivasi kepada pelajar sekolah sama ada kepada pelajar sekolah tadika dan juga sekolah rendah. Terdapat juga aktiviti senam erobik yang dijalankan kepada kanak-kanak. Akhir sekali, majlis perasmian penutup yang dipengerusikan oleh Hilmie Mokhtar. Pensyarah yang hadir pada ketika ini ialah pesyarah kelas kami iaitu Dr. Suhaimi. Turut hadir ketua kampung dan wakil guru serta AJK Kmpg. 



Kami sempat menyampaikan cenderamata kepada keluarga angkat kami. Kami sumbangkan beras serta wang ihsan kepada keluarga angkat kami sepanjang program ini berlansung. Ini dilakukan ketika majlis penutupan program.


Sebelum itu saya dan rakan kelas sempat untuk bergambar dengan pesyarah dari kelas lain iaitu En. Sharifuddin di sekolah..


Akhir sekali, setelah program ini tamat yang berlansung selama 3hari 2malam, kami bergambar bersama pensyarah, wakil ketua kampung, dan bersama keluarga angkat. Kenangan ini tidak akan saya lupakan hingga ke akhir hayat. Huhuhuhu. Selepas itu, leh merayau dan melancong di tempat orang. hihihi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen

Jumlah Paparan Halaman