Jumaat, 10 Ogos 2012
Tidak mencapai sasaran.
Pada bulan puasa ini, saya sudah sasarkan bahawa mahu diet secara profesional, tapi malang,saya gagal mengawal nafsu terutama nafsu tekak.. Huhuhu. Pada peringkat awl boleh la saya kwal selera semasa buka dengn target tidak makan nasi selama setahun, tp malang diri pantang tengok orang lain makan sedap, Jadi saya pon nak mkn yg sedap-sedap jgk, Gemuk juga la saya, Sediy... Bagaimanalah nak membuang lemak yang degil ini.
Khamis, 9 Ogos 2012
Hari Guru
Pada tahun 2012, kali ke-2 menyambut hari guru sepanjng hidup ku, Mana taknya, masa praktikal dl, aku xsempt nk sambut hari guru, n tahun ini baru menyambutnya. Tp sangat teruja jugak la kerana menyambut dgn penuh kebanggaan. Dapat kawan baru di tempt keje dengan tugas2 baru yang tak diduga memng diharap mematangkan diriku yang dalam kedaifan idea.. Untuk aktiviti hari guru memang bayk la aktiviti yang dianjurkn. tp tak ingat untuk diceritakan.
Ketika ini sebelum bergambar beramai-ramai, sy bergambar dengan Sir Nabil. Dia cikgu bahasa Inggeris dan sebaya dengan saya. Tapi dia ni kelakar la, macam-macam ragam bila bergaul dengan dia...
Ketika ini hingga saat ini saya paling malu kerana sy adalah cikgu yang paling rendah, chuby atau bahasa kasar gendut, gemuk dan sebagainya dlm pic ni la... Faktor fizikal ini membawa masalah kepada kelas lak, Bagaimana nak berhadapan pelajar yang bermasalah dan suka membanding2kan faktor tubuh fizikal diriku dengan guru2 yang lain.. Namun, apa yang penting saya kena belajar lagi bagaimana nak tarik perhatian pelajar walaupun aku tahu aku adalah guru yang comel dalam kalagan guru lelaki. Jadi pada hari guru, mengajarku bersabar, tenangkan fikiran dan terima segala komen dan pelajari bagaimana mengatasi kelemahan yang tidak sepatutnya ada.
Jumaat, 20 Julai 2012
Ramadhan Al-mubarak, Datanglah engkau dalam sanubariku..
Ramadhan menjelma, aku akan menghadapinya dengan tenang sekali. Ingin menyambut awl ramadhan Harap2 thun ini untuk rakan2, dan murd2 ku dpt pose penuh, biar ramadhan kali ini bermakna disanubari semua. Selamat beramal semua...
Langgan:
Catatan (Atom)

