Isnin, 9 Julai 2012

Tempat Bertugas

Assalamualaikum,
Ini adalah lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2. Saya mula berkhidmat di sekolah ini sebagai Guru Interim selama tempoh hampir lima bulan sebelum menerima jawatan guru tetap di sekolah ini. Untuk menjayakan cita-cita murni ini mengambil masa yang lama dengan suasana persekitaran tempat kerja. Pelbagai ragam guru dan pelajar-pelajar yang mencabar yang kadang kala menguji kesabaran dan keimanan. Sebagai anak muda, saya memahami bahawa guru perlu inovatif daripada sedia ada. Oleh itu, saya akan berusaha memajukan sekolah ini dari pelbagai aspek mengikut kemampuan saya. Walau bagaimanapun, saya juga mempunyai misi dan visi serta matlamat saya di sekolah ini untuk dicapai sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai guru. Kepada pelajar-pelajar,saya akan edarkan nota-nota berguna untuk anda tidak lama lagi. Diharapkan blog ini menjadi medan dan pergaulan antara saya bersama guru dengan anda semua. Lihatlah panorama SMK Taman Daya 2 Johor Bahru ini. Sungguh indah sekolah ini.

Gambar 1
 Gambar 2

Gambar 3

Di gambar 3, diriku menyebut seolah-olah ingin menyeru seruan Ilahi, huhu. tetapi seronok juga jikalau sekolah membuat kursus ibadah haji semula untuk semua guru0guru dan pelajar tahun 2012.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen

Jumlah Paparan Halaman